Latar Belakang PPKIBP Desa Petaling


Latar Belakang PPKIBP SMK Desa Petaling....................

PPKIBP merupakan singkatan kepada Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Ia telah ditubuhkan pada Disember, 2002. Pengasas kepada program ini ialah Puan Wong Youk Kee. Sekarang beliau masih berkhidmat di SMK Desa Petaling dan memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas. Semasa ia mula- mula ditubuhkan program ini hanya mempunyai 5 orang pelajar dan 3 orang guru. Bilangan pelajar terkini ialah 43 orang dengan jumlah guru 11 orang dan pembantu pengurus murid sebanyak 4 orang. Kelas- kelas pendidikan khas dibahagikan kepada 6 kelas mengikut tahap keupayaan pelajar. Proses pembelajaran di PPKIBP lebih banyak menumpukan kepada pembelajaran vokasional. Ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar boleh berdikari dalam kehidupan mereka apabila mereka tamat persekolahan kelak. Antara subjek- subjek yang diajar ialah Kemahiran Hidup (Masakan Vokasional, Perkebunan, Menjahit, Mendobi dan Kemahiran Manipulatif) dan Pengurusan Diri. Selain itu subjek- subjek akademik yang lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Agama/ Moral juga diajar di PPKIBP.


Wednesday, March 13, 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA





Kejohanan Merentas Desa telah dijalankan di SMK Desa Petaling pada 7 Februari 2013 dengan tema Kokurikulum Menjana Insan Berketerampilan. Laluan kejohanan ialah bermula di SMKDP dan melalui Kampung Malaysia Tambahan. Kejohanan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti dalam Takwim Kementerian Pelajaran Malaysia. Disamping itu acara ini juga merupakan salah satu pengisian Dasar 1 Murid 1 Sukan. Tujuan utama Kejohanan Merentas Desa ini dijalankan adalah untuk membolehkan pelajar menunjukkan potensi dan bakat dalam larian jarak jauh. Selain itu ia juga merupakan satu platform untuk mencungkil bakat- bakat baru dalam bidang olahraga. Semua murid diwajibkan mengambil bahagian dalam kejohanan ini termasuk pelajar pendidikan khas. 
Sejak tahun lalu, Kejohanan Merentas Desa telah berjaya dijalankan hasil daripada usaha dan kerjasama pihak sekolah, PIBG, PERSADA Sg. Besi, pihak polis dan Ketua Kampung Malaysia Tambahan. Semua pihak telah memberikan kerjasama yang erat untuk memastikan kejohanan ini dapat dijalankan dengan jayanya.