Latar Belakang PPKIBP Desa Petaling


Latar Belakang PPKIBP SMK Desa Petaling....................

PPKIBP merupakan singkatan kepada Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Ia telah ditubuhkan pada Disember, 2002. Pengasas kepada program ini ialah Puan Wong Youk Kee. Sekarang beliau masih berkhidmat di SMK Desa Petaling dan memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas. Semasa ia mula- mula ditubuhkan program ini hanya mempunyai 5 orang pelajar dan 3 orang guru. Bilangan pelajar terkini ialah 43 orang dengan jumlah guru 11 orang dan pembantu pengurus murid sebanyak 4 orang. Kelas- kelas pendidikan khas dibahagikan kepada 6 kelas mengikut tahap keupayaan pelajar. Proses pembelajaran di PPKIBP lebih banyak menumpukan kepada pembelajaran vokasional. Ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar boleh berdikari dalam kehidupan mereka apabila mereka tamat persekolahan kelak. Antara subjek- subjek yang diajar ialah Kemahiran Hidup (Masakan Vokasional, Perkebunan, Menjahit, Mendobi dan Kemahiran Manipulatif) dan Pengurusan Diri. Selain itu subjek- subjek akademik yang lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Agama/ Moral juga diajar di PPKIBP.


Wednesday, August 4, 2010

ARABIC NIGHT....?

Pada 31 Julai 2010, kelab guru SMK Desa Petaling telah mengadakan jamuan hi tea di Hotel Sri Petaling. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti anugerah guru dan staf cemerlang, cabutan bertuah, penyampaian hadiah harijadi dan penyampaian cenderamata untuk AJK kelab guru tahun 2009. Selain itu, bagi guru atau staf yang berpakaian mengikut tema juga diberikan hadiah. Puan Zuraidah, guru PPKIBP dan Cik Rosliza, ppm PPKIBP juga turut menerima hadiah saguhati kerana berpakaian mengikut tema (gambar 1). Tahniah kita ucapkan kepada pengerusi Kelab Guru iaitu Cikgu Mohamad Fazil, merangkap guru PPKIBP (gambar 6)

Wednesday, July 28, 2010

HARI KEUSAHAWANAN SK SRI PERMAISURI- 28 JULAI 2010

Hari Keusahawanan Pendidikan Khas telah diadakan di SK Sri Permaisuri pada 28 Julai 2010. PPKIBP SMK Desa Petaling telah menjual pelbagai jenis produk yang telah dihasilkan oleh murid seperti biskut, gelang manik, bekas tisu. Tetapi yang paling gempak sekali mestilah jualan ikan dan tangguk....sold out ....sampai runtuh kolam ikan budak- budak tu kerjakan.....

Tuesday, July 27, 2010

Sekitar persiapan Hari Keusahawan SK Sri Permaisuri

Minggu pendidikan khas akan ditanggguhkan ke tarikh yang belum diketahui... selepas Hari Raya Puasa disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan....

Saturday, July 17, 2010

Minggu Pendidikan Khas akan diadakan pada 2 hingga 8 Ogos 2010. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memeriahkan minggu tersebut seperti pertandingan memasak, pertandingan menggubah bunga, permainan dalaman dan sukaneka.