Latar Belakang PPKIBP Desa Petaling


Latar Belakang PPKIBP SMK Desa Petaling....................

PPKIBP merupakan singkatan kepada Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Ia telah ditubuhkan pada Disember, 2002. Pengasas kepada program ini ialah Puan Wong Youk Kee. Sekarang beliau masih berkhidmat di SMK Desa Petaling dan memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas. Semasa ia mula- mula ditubuhkan program ini hanya mempunyai 5 orang pelajar dan 3 orang guru. Bilangan pelajar terkini ialah 43 orang dengan jumlah guru 11 orang dan pembantu pengurus murid sebanyak 4 orang. Kelas- kelas pendidikan khas dibahagikan kepada 6 kelas mengikut tahap keupayaan pelajar. Proses pembelajaran di PPKIBP lebih banyak menumpukan kepada pembelajaran vokasional. Ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar boleh berdikari dalam kehidupan mereka apabila mereka tamat persekolahan kelak. Antara subjek- subjek yang diajar ialah Kemahiran Hidup (Masakan Vokasional, Perkebunan, Menjahit, Mendobi dan Kemahiran Manipulatif) dan Pengurusan Diri. Selain itu subjek- subjek akademik yang lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Agama/ Moral juga diajar di PPKIBP.


Sunday, May 8, 2011

KARNIVAL KEUSAHAWANAN PENDIDIKAN KHAS DI TAMAN TASIK TITIWANGSA ( 4 MEI 2011)




PPKIBP SMK Desa Petaling telah menyertai Karnival Keusahawanan Pendidikan Khas yang telah diadakan di Taman Tasik Titiwangsa pada 4 Mei 2011. Aktiviti PPKIBP yang utama macam biasa lah... jual ikan. Selain itu PPKIBP juga ada menjual hasil murid seperti tudung saji, botol berkacang, bekas tisu, biskut dan gelang manik. Gerai PPKIBP SMK Desa Petaling mendapat sambutan yang hangat dari pelajar pendidikan khas terutamanya dalam jualan ikan. Yang paling best.. PPKIBP SMK Desa Petaling telah berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan antara gerai, kategori gerai paling aktif :).......

MINGGU PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2011




Minggu Pendidikan Khas telah dijalankan dari 29- 31 Mac 2011. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk memeriahkan program ini seperti sukaneka, pertandingan permainan tradisional, pertandingan seni kreatif, petanque dan pertandingan memasak.