Latar Belakang PPKIBP Desa Petaling


Latar Belakang PPKIBP SMK Desa Petaling....................

PPKIBP merupakan singkatan kepada Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Ia telah ditubuhkan pada Disember, 2002. Pengasas kepada program ini ialah Puan Wong Youk Kee. Sekarang beliau masih berkhidmat di SMK Desa Petaling dan memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas. Semasa ia mula- mula ditubuhkan program ini hanya mempunyai 5 orang pelajar dan 3 orang guru. Bilangan pelajar terkini ialah 43 orang dengan jumlah guru 11 orang dan pembantu pengurus murid sebanyak 4 orang. Kelas- kelas pendidikan khas dibahagikan kepada 6 kelas mengikut tahap keupayaan pelajar. Proses pembelajaran di PPKIBP lebih banyak menumpukan kepada pembelajaran vokasional. Ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar boleh berdikari dalam kehidupan mereka apabila mereka tamat persekolahan kelak. Antara subjek- subjek yang diajar ialah Kemahiran Hidup (Masakan Vokasional, Perkebunan, Menjahit, Mendobi dan Kemahiran Manipulatif) dan Pengurusan Diri. Selain itu subjek- subjek akademik yang lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Agama/ Moral juga diajar di PPKIBP.


Wednesday, March 28, 2012

LAWATAN KE PAMERAN BONSAI & ORKID
 



Pada 27 Mac 2012, PPKIBP telah membuat lawatan sambil belajar ke Pameran Bonsai & Orkid yang telah diadakan di Taman Tasik Perdana. Memang best... pelbagai jenis bonsai dan orkid telah dipamerkan. Ada juga yang dijual. Harganya ? boleh tahan la.. agak berpatutan. Tapi yang paling penting, permandangan dalam Taman Botani ni memang sangat cantik sangat ! Hmmm... apa lagi! Rombongan PPKIBP ke Taman Botani pun pulun sakan la bergambar ! Macam- macam gaya pun ada.... :)

 HARI KEUSAHAWANAN SMK DESA PETALING


























Hari Keusahawan SMK Desa Petaling telah diadakan pada 24 Mac 2012. Seperti biasa PPKIBP tidak ketinggalan untuk menyertai program ini. Dan seperti biasa juga PPKIBP menjalankan bisnes ikannya.....Tapi bisnes tahun ini boleh tahan la.. tak sehebat tahun lepas. Tapi apa- apa pun tahniah diucapkan kepada semua guru- guru dan ppm yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan bisnes PPKIBP ini. Selain itu Hari Keusahawanan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Cikgu Mohamad Fadzil yang telah bertukar SK Sentul Utama (gambar 5). Hai.. rindu kat sekolah lama ke...?  :)



Thursday, March 8, 2012




MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI PPKIBP (JAN- MAC)

Pada 8 Mac 2012, PPKIBP SMK Desa Petaling telah mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk para pelajar/ Guru/ PPM yang menyambut hari jadi pada bulan Januari hingga Mac. Majlis ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Puan Rosmawati Binti Baharin (PK HEM). Hidangan utama iaitu nasi ayam yang ditaja oleh Cikgu Hafizuddin telah disediakan oleh Datin Siti Muhibah dan dibantu oleh Guru dan PPM PPKIBP. Memang sedap ! Makanan sampingan yang lain ialah kek; ditaja oleh Cik Syazwani dan buah- buahan; ditaja oleh Puan Norazila. Manakala ibu kepada pelajar yang bernama Chong Jia Wei telah menaja 3 kotak besar ayam goreng KFC. Memang puas budak- budak tu kerjakan!


Thursday, February 23, 2012

PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK DESA PETALING



Upacara penyampaian hadiah untuk kejohanan merentas desa yang telah dijalankan pada 17 Februari 2012 telah diadakan pada 22 Februari 2012 iaitu pada hari rabu.Hadiah telah disampaikan oleh Pengetua SMK Desa Petaling, Puan Hajjah Sulsteri Binti Ibrahim. Untuk ketegori Pendidikan Khas, pelajar telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pelajar berfungsi tinggi dan pelajar berfungsi rendah. Untuk kategori pelajar berfungsi tinggi, hadiah diberikan dari tempat pertama hingga tempat keenam. Manakala untuk kategori pelajar berfungsi rendah, hadiah diberikan dari tempat pertama hingga tempat keempat. Bersemangat juga yea pelajar pelajar- pelajar pendidikan khas ni. Majulah sukan untuk negara !

Wednesday, February 22, 2012

LATAR BELAKANG PROJEK CENDAWAN PPKIBP SMK DESA PETALING












 Projek ini telah dimulakan oleh PPKIBP sejak tahun 2010. Pengasasnya ialah Puan Najwa Izzati Binti Udin. Beliau merupakan guru Kemahiran Hidup (Kebun- Vokasional). Fasa pertama projek ini telah dimulakan dengan 250 beg cendawan. Cendawan- cendawan ini diletakkan di dalam bilik dobi PPKIBP kerana ia memerlukan kawasan yang sejuk untuk tumbuh dengan subur. Semua proses penjagaan, penyiraman, pembungkusan dan penjualan dilakukan oleh pelajar- pelajar PPKIBP dengan dipantau oleh Puan Najwa Izzati. Setakat ini hasil cendawan telah dijual pada guru- guru SMK Desa Petaling ataupun pihak kantin SMK Desa Petaling. Sekarang projek cendawan ini telah memasuki fasa kedua dengan 150 beg cendawan. Hasil cendawan ini memang sangat mendapat sambutan hangat dari guru- guru SMK Desa Petaling. Tiap- tiap hari memang sold out!

Oleh kerana projek ini telah menunjukkan hasil yang membanggakan, maka PPKIBP SMK Desa Petaling telah merancang untuk membina rumah cendawan. Oleh itu cendawan dapat dihasilkan secara besar- besaran dan hasil pendapatan dapat digunakan untuk kebajikan anak- anak istimewa PPKIBP. Tapak pembinaan rumah cendawan ini telah dikenalpasti. Peringkat pertama projek ini akan dimulakan dengan 1000 beg cendawan.

Tuesday, February 21, 2012

KOKURIKULUM (Permainan Boling)


Kokurikulum permainan boling telah dijalankan pada 21 Februari 2012 di Megalane Endah Parade, Sri Petaling. Semua pelajar PPKIBP diwajibkan mengambil bahagian di dalam aktiviti kokurikulum PPKIBP ini. Markah tertinggi yang telah berjaya diperolehi oleh pelajar PPKIBP dalam aktiviti kali ini ialah 122 mata, iaitu Nik Afira Fatin Binti Afandy. Hmm.... boleh tahan juga ye pelajar pendidikan khas ni.
KEJOHANAN MERENTAS DESA


Pada 17 Februari 2012, SMK Desa Petaling telah menganjurkan aktiviti merentas desa. Laluan yang dilalui ialah Kampung Malaysia Tambahan. Kejohanan telah dijalankan dari 7.30 pagi hingga 10.30 pagi dan dirasmikan oleh Naib Pengerusi PIBG SMK Desa Petaling iaitu Tuan Haji Wan Isa Bin Haji Wan Nawan.
MESYUARAT AGUNG BIRO PENDIDIKAN KHAS


Mesyuarat Biro Pendidikan Khas SMK Desa Petaling telah diadakan pada 10 Februari 2012. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cikgu Syamzulazhan, guru PPKIBP. Sekali lagi Encik Lim Khoon Chuan telah diberi kepercayaan menjadi Pengerusi Biro Pendidikan Khas SMK Desa Petaling. Ini merupakan tahun ketiga beliau dilantik menjadi Pengerusi Biro Pendidikan Khas SMK Desa Petaling. Tahniah diucapkan kepada beliau. Tahniah juga diucapkan kepada semua AJK baru yang telah dilantik. Kerjasama anda semua sangat diharapkan agar mutu pembelajaran anak- anak istimewa di PPKIBP SMK Desa Petaling dapat dipertingkatkan.

 







Program ini telah dijalankan dari 18 hingga 21 Oktober 2011. Untuk turut sama memeriahkan program ini PPKIBP Desa Petaling telah turut sama mengambil bahagian dalam pameran yang diadakan pada hari perasmian iaitu 18 Oktober dan hari penutup iaitu 21 Oktober.

HASIL MURID PPKIBP

Popia Rumpai Laut
 Biskut Cip Coklat/ Bijirin/ Kekacang


Tudung Saji
Bekas Alat Tulis
Penanda Buku
Rantai Kunci Manik
Botol Berkacang
Gelang Manik

berminat?................tempahan boleh dibuat dengan menghubungi PPKIBP Desa Petaling