Latar Belakang PPKIBP Desa Petaling


Latar Belakang PPKIBP SMK Desa Petaling....................

PPKIBP merupakan singkatan kepada Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Ia telah ditubuhkan pada Disember, 2002. Pengasas kepada program ini ialah Puan Wong Youk Kee. Sekarang beliau masih berkhidmat di SMK Desa Petaling dan memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas. Semasa ia mula- mula ditubuhkan program ini hanya mempunyai 5 orang pelajar dan 3 orang guru. Bilangan pelajar terkini ialah 43 orang dengan jumlah guru 11 orang dan pembantu pengurus murid sebanyak 4 orang. Kelas- kelas pendidikan khas dibahagikan kepada 6 kelas mengikut tahap keupayaan pelajar. Proses pembelajaran di PPKIBP lebih banyak menumpukan kepada pembelajaran vokasional. Ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar boleh berdikari dalam kehidupan mereka apabila mereka tamat persekolahan kelak. Antara subjek- subjek yang diajar ialah Kemahiran Hidup (Masakan Vokasional, Perkebunan, Menjahit, Mendobi dan Kemahiran Manipulatif) dan Pengurusan Diri. Selain itu subjek- subjek akademik yang lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Agama/ Moral juga diajar di PPKIBP.


Thursday, February 23, 2012

PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK DESA PETALING



Upacara penyampaian hadiah untuk kejohanan merentas desa yang telah dijalankan pada 17 Februari 2012 telah diadakan pada 22 Februari 2012 iaitu pada hari rabu.Hadiah telah disampaikan oleh Pengetua SMK Desa Petaling, Puan Hajjah Sulsteri Binti Ibrahim. Untuk ketegori Pendidikan Khas, pelajar telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pelajar berfungsi tinggi dan pelajar berfungsi rendah. Untuk kategori pelajar berfungsi tinggi, hadiah diberikan dari tempat pertama hingga tempat keenam. Manakala untuk kategori pelajar berfungsi rendah, hadiah diberikan dari tempat pertama hingga tempat keempat. Bersemangat juga yea pelajar pelajar- pelajar pendidikan khas ni. Majulah sukan untuk negara !

No comments:

Post a Comment