Latar Belakang PPKIBP Desa Petaling


Latar Belakang PPKIBP SMK Desa Petaling....................

PPKIBP merupakan singkatan kepada Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Ia telah ditubuhkan pada Disember, 2002. Pengasas kepada program ini ialah Puan Wong Youk Kee. Sekarang beliau masih berkhidmat di SMK Desa Petaling dan memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas. Semasa ia mula- mula ditubuhkan program ini hanya mempunyai 5 orang pelajar dan 3 orang guru. Bilangan pelajar terkini ialah 43 orang dengan jumlah guru 11 orang dan pembantu pengurus murid sebanyak 4 orang. Kelas- kelas pendidikan khas dibahagikan kepada 6 kelas mengikut tahap keupayaan pelajar. Proses pembelajaran di PPKIBP lebih banyak menumpukan kepada pembelajaran vokasional. Ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar boleh berdikari dalam kehidupan mereka apabila mereka tamat persekolahan kelak. Antara subjek- subjek yang diajar ialah Kemahiran Hidup (Masakan Vokasional, Perkebunan, Menjahit, Mendobi dan Kemahiran Manipulatif) dan Pengurusan Diri. Selain itu subjek- subjek akademik yang lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Agama/ Moral juga diajar di PPKIBP.


Thursday, March 8, 2012




MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI PPKIBP (JAN- MAC)

Pada 8 Mac 2012, PPKIBP SMK Desa Petaling telah mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk para pelajar/ Guru/ PPM yang menyambut hari jadi pada bulan Januari hingga Mac. Majlis ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Puan Rosmawati Binti Baharin (PK HEM). Hidangan utama iaitu nasi ayam yang ditaja oleh Cikgu Hafizuddin telah disediakan oleh Datin Siti Muhibah dan dibantu oleh Guru dan PPM PPKIBP. Memang sedap ! Makanan sampingan yang lain ialah kek; ditaja oleh Cik Syazwani dan buah- buahan; ditaja oleh Puan Norazila. Manakala ibu kepada pelajar yang bernama Chong Jia Wei telah menaja 3 kotak besar ayam goreng KFC. Memang puas budak- budak tu kerjakan!


No comments:

Post a Comment