Latar Belakang PPKIBP Desa Petaling


Latar Belakang PPKIBP SMK Desa Petaling....................

PPKIBP merupakan singkatan kepada Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Ia telah ditubuhkan pada Disember, 2002. Pengasas kepada program ini ialah Puan Wong Youk Kee. Sekarang beliau masih berkhidmat di SMK Desa Petaling dan memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas. Semasa ia mula- mula ditubuhkan program ini hanya mempunyai 5 orang pelajar dan 3 orang guru. Bilangan pelajar terkini ialah 43 orang dengan jumlah guru 11 orang dan pembantu pengurus murid sebanyak 4 orang. Kelas- kelas pendidikan khas dibahagikan kepada 6 kelas mengikut tahap keupayaan pelajar. Proses pembelajaran di PPKIBP lebih banyak menumpukan kepada pembelajaran vokasional. Ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar boleh berdikari dalam kehidupan mereka apabila mereka tamat persekolahan kelak. Antara subjek- subjek yang diajar ialah Kemahiran Hidup (Masakan Vokasional, Perkebunan, Menjahit, Mendobi dan Kemahiran Manipulatif) dan Pengurusan Diri. Selain itu subjek- subjek akademik yang lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Agama/ Moral juga diajar di PPKIBP.


Wednesday, August 4, 2010

ARABIC NIGHT....?

Pada 31 Julai 2010, kelab guru SMK Desa Petaling telah mengadakan jamuan hi tea di Hotel Sri Petaling. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti anugerah guru dan staf cemerlang, cabutan bertuah, penyampaian hadiah harijadi dan penyampaian cenderamata untuk AJK kelab guru tahun 2009. Selain itu, bagi guru atau staf yang berpakaian mengikut tema juga diberikan hadiah. Puan Zuraidah, guru PPKIBP dan Cik Rosliza, ppm PPKIBP juga turut menerima hadiah saguhati kerana berpakaian mengikut tema (gambar 1). Tahniah kita ucapkan kepada pengerusi Kelab Guru iaitu Cikgu Mohamad Fazil, merangkap guru PPKIBP (gambar 6)