Latar Belakang PPKIBP Desa Petaling


Latar Belakang PPKIBP SMK Desa Petaling....................

PPKIBP merupakan singkatan kepada Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Ia telah ditubuhkan pada Disember, 2002. Pengasas kepada program ini ialah Puan Wong Youk Kee. Sekarang beliau masih berkhidmat di SMK Desa Petaling dan memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas. Semasa ia mula- mula ditubuhkan program ini hanya mempunyai 5 orang pelajar dan 3 orang guru. Bilangan pelajar terkini ialah 43 orang dengan jumlah guru 11 orang dan pembantu pengurus murid sebanyak 4 orang. Kelas- kelas pendidikan khas dibahagikan kepada 6 kelas mengikut tahap keupayaan pelajar. Proses pembelajaran di PPKIBP lebih banyak menumpukan kepada pembelajaran vokasional. Ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar boleh berdikari dalam kehidupan mereka apabila mereka tamat persekolahan kelak. Antara subjek- subjek yang diajar ialah Kemahiran Hidup (Masakan Vokasional, Perkebunan, Menjahit, Mendobi dan Kemahiran Manipulatif) dan Pengurusan Diri. Selain itu subjek- subjek akademik yang lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Agama/ Moral juga diajar di PPKIBP.


Wednesday, February 22, 2012

LATAR BELAKANG PROJEK CENDAWAN PPKIBP SMK DESA PETALING












 Projek ini telah dimulakan oleh PPKIBP sejak tahun 2010. Pengasasnya ialah Puan Najwa Izzati Binti Udin. Beliau merupakan guru Kemahiran Hidup (Kebun- Vokasional). Fasa pertama projek ini telah dimulakan dengan 250 beg cendawan. Cendawan- cendawan ini diletakkan di dalam bilik dobi PPKIBP kerana ia memerlukan kawasan yang sejuk untuk tumbuh dengan subur. Semua proses penjagaan, penyiraman, pembungkusan dan penjualan dilakukan oleh pelajar- pelajar PPKIBP dengan dipantau oleh Puan Najwa Izzati. Setakat ini hasil cendawan telah dijual pada guru- guru SMK Desa Petaling ataupun pihak kantin SMK Desa Petaling. Sekarang projek cendawan ini telah memasuki fasa kedua dengan 150 beg cendawan. Hasil cendawan ini memang sangat mendapat sambutan hangat dari guru- guru SMK Desa Petaling. Tiap- tiap hari memang sold out!

Oleh kerana projek ini telah menunjukkan hasil yang membanggakan, maka PPKIBP SMK Desa Petaling telah merancang untuk membina rumah cendawan. Oleh itu cendawan dapat dihasilkan secara besar- besaran dan hasil pendapatan dapat digunakan untuk kebajikan anak- anak istimewa PPKIBP. Tapak pembinaan rumah cendawan ini telah dikenalpasti. Peringkat pertama projek ini akan dimulakan dengan 1000 beg cendawan.

No comments:

Post a Comment